Wednesday, June 13, 2012

Pernah tgk lambang polis

Mari semua sesiapa yang tidak penah melihat lambang polis dengan penuh mari lihat. Terdapat Nama Allah dan juga Nama Nabi junjungan kita Muhammad.




Renungkan dan fikir kenapa saya keluarkan lambang ni.. kalau tau komen...

Tuesday, June 12, 2012

Cara membuat Wifi



Kepada anda yang berada dirumah yang tidak berkemampuan hendak memasang internet jalur lebar dirumah tetapi mahukannya dengan kos yang agak murah dan berkesan begini caranya. Kalau berani mesti ada bahan-bahan ni dulu baru leh mula operasi.


1. Komputer yang berperisian window 7


2. Jalur lebar contohnya celcom broadband.

3. Wifi mesti ada ler kat komputer ye.

4. Downloads Wifi manager ni. Free je. kalau kat kedai kena caj tau. Free off caj murah je. Klik Here



Lepas semua dah ok install dan seterunya setup ler.. kalau tak tau jangan malu jangan segan comment ye..

Sunday, June 10, 2012

Rezeki setiap anak-anak adam

Setiap anak adam yang ada di muka bumi ini Allah telah tetapkan rezeki masing-masing maka jangan lah takut untuk mempunyai anak yang ramai. Orang dulu-dulu percaya dengan kata-kata Allah ini. Lihat la walaupun kerja kampung tetapi mempunyai anak yang ramai.

Kiraan kos bagi membesarkan seorang anak. hehehehe. Sekarang punya masa, perlu dua-dua bekerja bagi membesarkan anak. cukup jika seorang sahaja bekerja istilah mahu makan yang sedap-sedap kena buang jauh-jauh la jawabnya.

Kos setaip anak bagi setiap bulan :-

1. Lampin pakai buang Rm 50.

2. Tisu basah Rm 30

3. Susu ni ikut kemampunan tapi biasanya 1kg Rm 30 *4= Rm120

Barang yang biasa ni mesti ada setiap bulan. Kalau tidak kena la beralih kepada alternatif yang lain. Kosnya Rm 200 sahaja. Belum termasuk kos-kos lain ye. hehehehehe. Ni baru Barang asas kepada baby.

Tuesday, April 24, 2012

Aqikah Aqilah

Pada usia Aqilah 3 bulan kami telah melaksanakan ibadah aqikah supaya dapat menyempurnakan hukum Allah. Upacara berlangsung di serting raja alias 4. Atok serting yang mengaturkan segala perjalanan majlis. Alhamdulillah dengan berkat yang maha Esa kami telah berjaya melakukan hukum Allah ini. Insya Allah jika diberikan rezeki yang lebih anak seterusnya pun bakal kami laksanakan hukum Allah ini. Rentetan majlis kami sertakan dibawah :-





Wednesday, April 18, 2012

Susu Baby pramatang

Aqilah Maisarah dilahirkan pramatang maka kami sebagai ibu bapa yang perihatin telah mengambil susu tambahan sebagai penambah pertumbuhannya. Susu yang kami pilih adalah Similac. Dengan vitaman yang cukup dan juga kuasa daripadanya berat badan Aqilah bertambah dengan cepat. Jika terdapat ibu bapa yang mengalami masalah yang sama dengan kami iaitu anak pramatang cubalah susu similac insya Allah. berat badan anak dapat diatasi dengan cepat.





Tarikh keramat menimang cahaya mata

Setiap perhubungan keluarga mengharapkan anak yang lahir dari benih percintaan. Kami mendapat khabar gembira diawal perkahwinan. kami dikurniakan anak dalam tempoh yang cepat. kami bersyukur pada ilahi yang memberikan kami permata dan menambahkan lagi rezeki kami. Insya Allah begitu la hendak-Nya. Baby di dalam kandungan Asma sepatutnya lahir ke dunia pada bulan Julai 2011 tetapi telah ditakdirkan lahir pada usia 7 bulan. Tanggal 2.5.2011 lahirlah insan yang kami beri nama Aqilah Maisarah Binti Mohd Noramri.




Dengan berat 1.54kg, Aqilah ditakrifkan sebagai baby pramatang. Dia ditahan wad selama 1 bulan sehingga beratnya mencapai 1.7kg. Beratnya bertambah hari demi hari. rentetan gambar di bawah:-



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...