Tuesday, April 24, 2012

Aqikah Aqilah

Pada usia Aqilah 3 bulan kami telah melaksanakan ibadah aqikah supaya dapat menyempurnakan hukum Allah. Upacara berlangsung di serting raja alias 4. Atok serting yang mengaturkan segala perjalanan majlis. Alhamdulillah dengan berkat yang maha Esa kami telah berjaya melakukan hukum Allah ini. Insya Allah jika diberikan rezeki yang lebih anak seterusnya pun bakal kami laksanakan hukum Allah ini. Rentetan majlis kami sertakan dibawah :-





Wednesday, April 18, 2012

Susu Baby pramatang

Aqilah Maisarah dilahirkan pramatang maka kami sebagai ibu bapa yang perihatin telah mengambil susu tambahan sebagai penambah pertumbuhannya. Susu yang kami pilih adalah Similac. Dengan vitaman yang cukup dan juga kuasa daripadanya berat badan Aqilah bertambah dengan cepat. Jika terdapat ibu bapa yang mengalami masalah yang sama dengan kami iaitu anak pramatang cubalah susu similac insya Allah. berat badan anak dapat diatasi dengan cepat.





Tarikh keramat menimang cahaya mata

Setiap perhubungan keluarga mengharapkan anak yang lahir dari benih percintaan. Kami mendapat khabar gembira diawal perkahwinan. kami dikurniakan anak dalam tempoh yang cepat. kami bersyukur pada ilahi yang memberikan kami permata dan menambahkan lagi rezeki kami. Insya Allah begitu la hendak-Nya. Baby di dalam kandungan Asma sepatutnya lahir ke dunia pada bulan Julai 2011 tetapi telah ditakdirkan lahir pada usia 7 bulan. Tanggal 2.5.2011 lahirlah insan yang kami beri nama Aqilah Maisarah Binti Mohd Noramri.




Dengan berat 1.54kg, Aqilah ditakrifkan sebagai baby pramatang. Dia ditahan wad selama 1 bulan sehingga beratnya mencapai 1.7kg. Beratnya bertambah hari demi hari. rentetan gambar di bawah:-



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...